As life goes on, where are we heading to?

Mabruk ‘alaikum!!!

SIAPA SANGKA??

” Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. [3:126]

SM Islam Hidayah muncul juara debat antara sekolah

01/05/2009
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

TAHNIAH!!

TAHNIAH!!


SEKOLAH Menengah (SM) Islam Hidayah, Johor Bahru membuat kejutan apabila memenangi Pertandingan Akhir Debat Antara Sekolah-sekolah kali ke-8 kategori bahasa Melayu, di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, kelmarin.

Dalam persaingan merebut Piala Tun Sri Lanang, sekolah yang pertama kali mara ke pertandingan akhir menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh.

SM Islam Hidayah bertindak sebagai pasukan kerajaan berjaya menarik perhatian panel hakim dengan mengemukakan hujah bernas menerusi perdebatan ‘Undang-undang Jawapan Terbaik Kepada Masalah Kebejatan Moral’.

Membariskan Ili Syazwani Shairi, Nur Liyana Zakaria, Ilham Nasharuddin dan Abdullah Zubayr Mohd Aizaini, sekolah berkenaan pada peringkat suku akhir menewaskan SM Agama Persekutuan Kajang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka (separuh akhir).

Penguasaan SM Islam Hidayah turut menyerlah dalam kategori Bahasa Inggeris apabila mara ke peringkat akhir dengan berdepan pendebat SM Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, yang diwakili Png Ning, Sean Law Li Hao, Ida Thien Feng Feng dan Julie Chow Yew Li.

Bagaimanapun, sekolah itu terpaksa menerima kenyataan apabila tewas kepada SMK Green Road yang akhirnya muncul juara sekali gus membawa pulang Piala Munsyi Abdullah.

SMK Green Road menundukkan SM Islam Hidayah dalam perdebatan bertajuk This House Would Allow Shorter Prison Sentences For Prisoner In Exchange For Donating Their Organs.

Juara bagi kedua-dua kategori berjaya membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM3,000, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Manakala naib juara kedua-dua kategori menerima wang tunai RM2,000 piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Pendebat Star, Mohamad Asyraf Che Ibrahim diumumkan peserta terbaik pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu, manakala Ida Thien (Bahasa Inggeris).

Pendebat terbaik keseluruhan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (berdasarkan kedudukan individu selepas enam pusingan awal) masing-masing diraih Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin dan Mohd Reza Abadi, sekali gus menerima wang tunai RM300 dan piala.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Hadir sama, Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid.

Sementara itu, ketua pasukan SM Islam Hidayah, Nur Liyana ketika ditemui mengakui tidak menjangka kemenangan terbabit, tambahan pula ini adalah kali pertama bertanding di pertandingan akhir.

Sebelum ini, katanya, pasukannya sekadar mara sehingga peringkat okto final dan kejayaan diraih disifatkan mengejutkan kerana berjaya menewaskan pasukan berpengalaman.

————————–
*Pembetulan ya di 2 perenggan terakhir [kesilapan di akhbar]
1) Ketua pasukan SM Islam Hidayah ialah Ilham Nasharuddin.
2) Pasukan ini tidak pernah mara ke peringkat okto final pada tahun lepas.

” Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” [6:165]

Benarlah , [Al-Islamu ya’lu wa la yu’la ‘alaih] Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi- AllahuAkbar!!!
-Nantikan majalah
e@siswa Julai 2009

source: http://debatsmih.blogspot.com/2009/05/smih-di-berita-harian.htm

http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Friday/ Pendidikan/ 20090501072011/ Article/

p/s – hanya sempat copy paste shj. terharu nama SMI HIDAYAH dijulang di pentas debat UIA, di antara mereka ialah my sisters, junior2 dan guru2 saya yang berpenat lelah.. Alhamdulillah.. Moga pendidikan ISLAM terus cemerlang pencapaian akademik juga tarbiyah seiring dengan falsafah sekolah melahirkan ulama’ amilin dan akademis muttaqin.. Amin

6 responses

  1. +fobia+

    hoho.bangga la kan.ada 2 adik.22 masuk debat.wohoo.boleh buat kenduri.ngee.mereka membanggakan kamu.turn kamu lepas ni.wahaa.

    May 4, 2009 at 7:13 PM

  2. ifah

    22?? sape sorg lg?? bkn ke yana sorg je ke?? sori,, nk pastikan jer,, tgk lak cucu sape kn zayd??hehhee

    May 29, 2009 at 10:24 PM

  3. ibnzakaria

    raihana pun masuk gak.. dia team lagi satu.. =)

    May 30, 2009 at 12:08 AM

  4. halu9

    zayd..enta salah tulis tu yg sal hadis -al islamu ya’lu wala yu’la ‘alaih kat atas tuh..

    August 18, 2009 at 1:47 AM

  5. ibnzakaria

    ok.. jazakallah

    August 18, 2009 at 11:51 AM

  6. hi,, i’m izza
    i’m indonesian…

    u ever study in SMI Hidayah, right?
    if there is no obstacle, i’ll school in SMI Hidayah next month, in Form 4.

    well, would u mind if I ask u some question bout ur experience in SMI Hidayah?
    thanks,,

    visit my blog, please
    ^^

    December 20, 2009 at 6:31 PM

Leave a comment