As life goes on, where are we heading to?

Tentang

Salam Taaruf. Bak kata pepatah, tak kenal maka ta’aruf.

Insan kerdil ini diberi nama Zayd Umair bin Zakaria. Ejaan nama yang seringkali disalah eja oleh kebanyakan orang sejak kecil lagi. Beliau merupakan anak pertama dari 6 orang adik-beradik. Tanggal 30 September 1989, hamba Allah ini dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur (hampir-hampir dilahirkan di UK) sebaik sahaja abah dan ummi pulang dari UK.

Mendapat pendidikan awal sejak dari dalam kandungan ibu lagi. Kemudian disekolahkan di Tadika Iman, Skudai  untuk setahun sahaja pada umur 6 tahun di mana asas-asas Islam dan Iman mula ditanamkan. Kemudian meneruskan pendidikan di Sekolah Rendah Islam Hidayah, JB bersama mengenali bi’ah solehah hasil dari tarbiyah para asatizah. Selepas itu, menyambung pelajaran ke sekolah bersebelahan iaitu Sekolah Menengah Islam Hidayah, JB sehingga SPM ’06. Berkat doa dan sentuhan tarbiyah guru-guru, di sinilah bermulanya kefahaman terhadap tarbiyah dan dakwah mula dipupuk. Tidak lupa juga dari bimbingan dan dorongan sahabat-sahabat yang tercinta di SMIH; nikmat ukhuwah yg manis mampu dinikmati.

Selepas cemerlang dalam SPM ’06 (alhamdulillah), berbekalkan keputusan yang tidaklah secemerlang mana berbanding pelajar-pelajar lain yang jauh lebih cemerlang dari seluruh Malaysia; alhamdulillah Allah s.w.t  mengurniakan biasiswa Petronas demi melanjutkan pelajaran ke Kolej Mara Banting sebagai persediaan untuk ke luar negara.  Tempat di mana pelbagai ragam manusia dapat diperhatikan dan segala onak ranjau kehidupan mula dirasai. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk menghadapi semua itu. Sedar tidak sedar, rupanya sesuatu nilai yang cukup besar sebenarnya yang hendak Allah letakkan setelah jerih dan perih jalan yang dilalui demi mendapat redha-Nya iaitu demi menjadi muslim sejati, insya allah.

Kini telahpun menjejakkan kaki di perantauan. Amanah yang cukup besar telah Allah berikan dengan meletakkan diri ini di bumi Uncle Sam (US). Ia bukan kerana rezeki semata-mata, akan tetapi lebih dari itu. Pendek kata, setiap perkara itu ada tujuannya mengapa Allah meletakkan diri kita di mana berada dan di saat bile kita diletakkan itu. Berada di negara yang bilangan muslimnya semakin berkembang kini, pastinya banyak perkara yang perlu dipelajari, bukan akademik semata-mata bahkan moga-moga lebih dari itu. Dan beramal ke atasnya merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang cukup berat. Fastaqim (Maka, beristiqamahlah). Thumma alhamdulillah, berada di Missouri University of Science and Technology kini, menjadikan ia satu ujian buat diri ini. Moga hamba yang lemah ini dapat mempertingkatkan Iman dan Taqwa kepada-Nya. Insya allah.

Kehidupan yang dilalui sehingga kini merupakan suatu didikan yang cukup berharga. Tidak kira di mana jua kita berada hatta di rantau orang malahan di rantau sendiri. Semua itu harus kita hadapi dengan tabah dan thabat. Berhadapan dengan segala mihnah dan tribulasi dalam melalui kehidupan ini, tujuannya hanyalah demi menjadikan diri kita sebagai hamba yang lebih baik dari yang sebelumnya. Menjadikan kita hamba yang lebih dekat kepada-Nya.

Percayalah bahawa semua yang kita lalui dalam kehidupan walau sesukar mana pun ujian yang menimpa kita sehingga kini, ia merupakan suatu didikan atau tarbiyah buat diri kita secara lansung dari Allah s.w.t. demi keIMANan dan keTaQWAan kepada-Nya. Inilah tarbiyah cukup terkesan.

::TARBIYAH KEHIDUPAN::

6 responses

  1. Emmm..menarik. Kalau ko jadi dak UK, camne ek?(Tengah bayangkan dengan penuh imaginasi)

    June 17, 2009 at 11:58 AM

  2. ibnzakaria

    Bukan ke kalau bayangkan mesti la ade imaginasi.. =P

    July 11, 2009 at 11:02 PM

  3. dush..mestilah..tapi nh bayangkan dengan imaginasi yang ekstrem!!!

    July 14, 2009 at 5:07 PM

  4. iqhakim

    Salam ‘Alaik

    Uit!
    😀

    ada ym? boleh add… ariqhakim@yahoo.com

    August 5, 2009 at 7:56 AM

  5. Adzim Shaari

    SubhanaAllah, first time ana ziarah blog enta. Moga terus thabat di sana, mendapat keberkatan dan di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

    P/s: Lopeh nie ana link kan dalam blog ana..hehe🙂

    September 11, 2011 at 1:53 AM

  6. Iskandar Dzulkarnain

    Assalamualaikum
    Found your profile in Linkedin which leads to this blog.
    I’m Iskandar Dzulkarnain from Uni Teknologi PETRONAS.
    Actually I’m planning to do my PhD in Pet Eng in Missouri S&T.
    I’ve contacted Prof Bai and he’s positive.
    I just want to know how’s the situation in Rolla particularly the Muslims.
    Is it conducive to raise a family there?
    I would like to know more. Please feel free to email me.

    April 26, 2013 at 6:45 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s