As life goes on, where are we heading to?

Posts tagged “sabar

Bila rasa lemah menjelma kembali….

Bila rasa lemah menjelma kembali….

via Bila rasa lemah menjelma kembali…. | Peduli Ummah.

Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni… nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni !

Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku….. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.

Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah studi macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.

Sememangnya rasa lemah atau rasa ‘down’ atau rasa ‘futur’ itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :

  1. Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya
  2. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama
  3. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur
  4. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa

Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.

Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.

Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?

Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:

  1. Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi
  2. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri
  3. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau ‘orang lama’ atau tokoh yang kita kenali
  4. Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau ‘murabbi’ kita
  5. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat
  6. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri
  7. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

Masih bersedih ?

  1. Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur.
  2. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri
  3. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhu
  4. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi
  5. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.

Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” –

( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?

Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah swt? Ada kemungkinan besar bahawa Allah swt menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.

Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat….!

Advertisements

SMS v1.0

Ini adalah pesanan ringkas daripada seorang ustazah yang banyak mendidik saya di SMIH dahulu sebelum ditempatkan di mana-mana sahaja tempat yang terbaik untuk kita oleh Allahu Rahmanu Rahim.
Kini, telah tiba waktunya untuk kita bersama-sama menjaga dan istiqamah dalam amal fardhi kita sebagai rutin harian kita. Jikalau bukan sekarang, bila?
  • Solat Jemaah 5x sehari di surau@musolla@masjid
  • Tilawah Al-Quran – tadabbur, hafazan, etc
  • Ma’thurat pagi dan petang
  • Qiamullail
  • Amalan sunat yang lain – puasa isnin dan khamis, dhuha, rawatib, awabin etc. (plus – bacalah banyak buku-buku sirah- Raheeq Al-Makhtum sebagai saranan)

Jaga 5 perkara ini . Istiqamah dalam menjaga 5 perkara ini. Tidak kira dimana enta berada. (lebih kurang gitu la)

ala inna nasrullahi qorib

ala inna nasrallahi qorib

Moga amal-amal fardhi ini kita jaga bagi menguatkan tarbiyah dzatiyah (didikan kendiri ruhi) kita dan menjadi pendinding kepada kita daripada membuat perkara-perkara mungkar. Moga ini, kita jadikan sebagai Point Of Inflexion bagi melakar graf IMAN yang positif. Moga kita semakin rapat dengan-Nya.

Moga dengan 5 perkara yang tampak mudah ini menjadi persiapan untuk diri kita semua. Moga kita mampu meLANTUNkan IMAN kita. meLANTUNkan semangat kita. meLANTUNkan amal dakwah kita. Tidak kira di mana jua kita berada.

Agar tertonjolnya peribadi MUSLIM unggul yang menjadikan hanya Allah sebagai tempat pergantungan semata-mata bagi diri kita dan sentiasa kembali kepada-Nya. Agar apa sahaja ujian yang diberikan-Nya, kita diberi kekuatan untuk mampu menghadapi segala mihnah dan tribulasi ini.

Hadapilah ia. Ujian itu. Semuanya hanyalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan bertakwa kepada-Nya. Kerna akan sampai kepada orang-orang yang bersabar dan tabah suatu berita gembira daripada Allah s.w.t.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)”

“Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhan-nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah: 155-157)