As life goes on, where are we heading to?

Different but Equal??

Ada satu analogi,

Bila kita melihat sebuah lukisan yang tergantung di dinding sebagai pameran. Di situ ada 3 orang berdiri di tempat yang berbeza. Namun ketiga-tiganya melihat ke lukisan yang sama.

Adapun ketiga-tiganya melihat lukisan yang sama, mereka semua mempunyai pandang yang berbeza tentang lukisan itu. Ada yang mengatakan lukisan itu sedang senyum. Ada pula mengatakan ia seolah-olah sedih. Yang lain pula mengatakan ia hanyalah lukisan biasa. Itu sudah pasti! Kerana mereka berdiri di tempat yang berbeza! (Memang logiknya begitu)

Tapi, bukankah mereka melihat lukisan yang sama?

Monalisa merupakan lukisan terkenal karya Leonardo Da Vinci. From Mr. Wiki: "The ambiguity of the sitter's expression, the monumentality of the half-figure composition, and the subtle modeling of forms and atmospheric illusionism were novel qualities that have contributed to the painting's continuing fascination."

—–

Ya, perbezaan seperti ini selalu sahaja terjadi dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia.

Mengapakah? Apakah? Bagaimanakah?

Macam-macam persoalan yang timbul apabila kita mengetahui rakan di sebelah kita mempunyai perspektif yang cukup berbeza dengan kita. Semua ni terjadi dalam setiap sudut kehidupan manusia. Kita kemudiannya membuat pelbagai asumsi sama ada baik atau tidak, kita mula untuk mempersoalkan keputusan/sikap/perubahan mereka.

Kita kemudiannya membuat pelbagai asumsi sama ada baik atau tidak, kita mula untuk mempersoalkan keputusan/sikap/perubahan mereka.

Sebagai contoh, kita pasti mereka yang mendapat straight A akan ambil peluang ke luar negara akan tetapi dia memilih untuk hanya bermula dengan diploma/sijil atau kursus yang kurang popular di kalangan mereka yang straight A’s seperti syariah misalnya . Atau kita melihat seseorang yang bersikap kasar dan tidak pernah mengambil kisah tentang pandangan orang lain terhadapnya. Atau juga, sahabat kita yang dahulunya sentiasa bersama-sama kita dalam susah, senang, bermain bola sepak bersama dan berjuang juga bersama, akan tetapi di kemudian kita melihat dia seolah-olah orang yang berbeza dari dia yang dahulunya pernah bersama kita.

Hurm, apa ni??? Itu semua contoh tak “related” (kata omputih) lansung. Apa pointnya ni?

Bagi saya, itu semua ada kesamaannya. Dan kesamaan itu terletak pada diri kita. Kenapa? Seperti yang saya katakan tadi, kerana KITA mula untuk mempersoalkan keputusan/sikap/perubahan mereka.

Bukankah sepatutnya kita cuba meletakkan diri kita di dalam perahu mereka. Meletakkan diri kita sebagai diri mereka. Cuba untuk memahami bagaimana latar belakang mereka. Cuba utk menyelami apa yang pernah mereka lalui. Cuba untuk mengetahui apa yang mereka tidak ketahui. Ah! Itu semua mana mungkin…

Kenapa perlu kita bersusah payah memberatkan kepala memikirkan tentang itu semua? It doesn’t make sense at all (kata-kata mat Saleh lagi)

memperlihatkan jerih perih yang dilakukan, KH Rahmat Abdullah sentiasa cuba untuk memahami dan memahamkan masyarakat... Filem yang perlu diambil 'ibrohnya oleh kita semua.

Pada saya. Yes, it does. Ya, ia memang perlu.

Kita mahu orang memahami kita, mengapa tidak kita cuba untuk memahami orang lain terlebih dahulu? Kita mahu orang lain menilai dan melayan kita dengan nilaian dan layanan sepertimana yang kita inginkan. Mengapa tidak kita berbuat begitu dahulu kepada orang lain? Mengapa tidak???

Ini lah kualiti kemanusiaan yang jarang kita lihat dalam masyarakat kita malahan sukar untuk kita temui. Bila mana kita cuba untuk berada di tempatnya, kita dapat lebih memahami mengapa dia membuat keputusan itu; mengapa dia bersikap demikian; mengapa dia berubah sebegitu. Kita juga dapat mengetahui apa sebab mereka begitu. Kita mengetahui dan memahami bagaimana mereka membuat keputusan demikian sama ada bersikap seperti ini atau pun berubah seperti itu. Ini lah bagi saya perlu sentiasa  kita cuba (sekali lagi baca: CUBA) utk kita lakukan.

—–

Suka untuk saya katakan inilah sikap Dai’e yang perlu ada. Semua orang perlu menjadi Dai’e. Atau lebih baik untuk saya katakan Kita perlu menjadi Murobbi (suatu yang mungkin boleh diulas dalam post yang lain).

Dari perspektif dakwah, kita perlu sentiasa mengaplikasikan skill ini bukan untuk antara dai’e-mad’u sahaja, bahkan juga antara dai’e dengan dai’e yang lain dan dai’e dengan masyarakat. Sudut pandang kita akan menjadi lebih baik. Dan itu satu perkara yang pasti.

Mengapa tidak kita bersusah payah untuk meletakkan diri kita dalam kasut mereka (direct translation dari idiom English – jangan ikut). Tak nak sebab kasut mereka tidak wangi seperti mana kasut anda??? Berapa banyak pewangi yang anda letak?? Wangi harum semerbak kasturi kah kasut anda itu??

Bukankah anda yang memilih jalan ini sudah bersiap sedia untuk menyusahkan diri? Jadi apa lagi, inilah salah satu susahnya yang perlu dilalui.

—–

Berbalik pada analogi awalnya tadi, ketiga-tiga mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Persoalannya bagaimana mereka sesama mereka mahu menerima pandangan yang berbeza itu antara satu sama lain. “Bagaimana” itu lah yang cuba saya sampaikan dalam post ini.

Tiada beza antara mereka yang mahu mendidik masyarakat dan masyarakat yang dididik itu sendiri dalam memperoleh kualiti ini. Kerana bagi yang mahu mendidik masyarakat, pastinya mereka mahu menanamkan sikap sebegini (memahami orang lain dan tidak terus memberikan asumsi yang negatif terhadap orang lain). Dan pastinya mereka sendiri perlu lakukan itu terlebih dahulu. Pendek kata, perkara me’label’ atau su’u dzon (sangka buruk) pasti dapat dielakkan. Bukankah kita semua dituntut utk tidak bersangka buruk?

يَايُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْم

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, karena sebagian dari prasangka itu dosa. (Al-Hujurat: 12)

—–

Kerana, pada akhirnya mereka ketiga-tiganya sedar dan tahu bahawa mereka rupa-rupanya melihat lukisan yang sama.

::ibnzakaria::

p/s – mohon maaf atas sepi yang berlanjutan lama. moga kekangan hati, iman, amal dan masa tidak dijadikan alasan oleh saya.. Kereta api akan terus berjalan, tiada siapa yang memberhentikannya selain dari Allah. Moga kita tidak ketinggalan untuk bersama. Mohon doa kita bersama. Amin.

4 responses

  1. halu9

    🙂

    April 18, 2010 at 12:25 PM

  2. terbaik…🙂

    April 19, 2010 at 7:43 AM

  3. =)

    May 14, 2010 at 12:26 PM

  4. blackmore

    great..

    May 26, 2010 at 2:52 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s