As life goes on, where are we heading to?

Nur Allah lebih ‘real’ dari Nur Kasih

Ilmu itu Nur Allah

”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku;

beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat;

Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya;

sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

Sahabat sekalian,

Mari muhasabah semula diri kita bersama.

Ilmu adalah cahaya.

Adakah dengan cemerlangnya kita dalam pelajaran, cahaya Allah telah masuk dalam hati kita? Maka, kita bukan dari golongan yang membuat maksiat? Kita bukan pelaku maksiat?

Sedarilah,

Adakah hasutan dan godaan syaitan, hawa nafsu dan dunia itu lebih menarik dari tarikan syurga yang kekal abadi? Lebih menarik dari redha dan sayang Allah buat hamba-Nya? Apa lebihnya dunia yang kilauannya hanya sementara berbanding syurga yang kekal kilauannya? Adakah kita jahil tentang perkara ini? Kita tahu Hari Kiamat sudah dekat. Kita tahu mati itu bisa diketemukan bila-bila sahaja.

Kenangkan,

Dahulunya, ketika masih kecil, kita rajin menghafal dan membaca al-quran. Bagus bacaan ketika itu. Mak ayah gembira kerana kita mampu membaca Alif Ba Ta, Al-quran dengan bertajwid.

Dahulunya, ketika masih kecil, kita suka mendengar kisah-kisah nabi. Mahu jadi seperti sahabat-sahabat Rasulullah. Mahu jadi berani, kental seperti Salahuddin Al-Ayubi.

Dahulunya, ketika masih kecil, kita saling berkejaran untuk khatam al-quran. Berlumba-lumba dengan adik-beradik, rakan-rakan. Mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadhan.

Dahulunya, ketika masih kecil, kita sangat takutkan neraka. Kita mahukan syurga. Sentiasa bertanyakan ustaz-ustazah tentang syurga, neraka dan isi-isinya.

Dahulunya, ketika masih kecil, kita gerunkan Hari Akhirat. Sentiasa bertanyakan ustaz-ustazah tentang Dajjal, Ya’juj wa Ma’juj dan keadaan Hari Kiamat.

Mengapa sekarang tidak lagi?

Akademik kita masih cemerlang seperti dahulu, tetapi ISLAM kita tidak secemerlang dahulu. Muslim sejatikah kita sekarang?

UPSR 5A, PMR 9A, SPM 11A. Dapat ke luar negara, sambung pelajaran. Ya Allah, banyak sungguh nikmat yang kita dapat.

Our academic achievements as a student go up as our performances as Muslim go down. Nevertheless, Allah masih berikan nikmat yang tidak terkira. Walhal, Allah masih menolong dan membantu kita.

Adakah semua ini dikira Nur Allah telah masuk ke dalam hati kita? Adakah pertolongan Allah tersebut membuktikan Nur Allah telah masuk untuk kita?

Allah masih sayangkan kita. Oleh kerana itu, kita masih cemerlang sebagai pelajar. Sebagai muslim, bagaimana? Jauhilah maksiat wahai sahabat. Jauhilah.

Siapa lagi kalau bukan Allah yang memberikan cemerlang pada kamu. Siapa lagi kalau bukan Allah yang masih menjadikan kita hidup menghirup udara segar. Menikmati nikmat Islam. Mahukah kita mati sebagai ahlun nar – ahli neraka?

Kenapa masih lagi bergelumang dengan maksiat, wahai sahabat. Mengapa?

Nur Allah adalah Nur Kasih yang ‘real’

Tepuk dada tanya Iman kita.

7 responses

  1. zasss…menusuk…😦

    jzkk atas post ini..peringatan yg bes =)

    November 23, 2009 at 3:46 AM

  2. haha terbaik post ni…

    November 24, 2009 at 7:11 PM

  3. abid

    salam~ menarik..mohon kebenaran copy paste untuk sebarkan yek..tq..=)

    November 27, 2009 at 3:27 AM

  4. to perantau: peringatan utk diri ini juga sebenarnya.
    to erni: jazakillah
    to abid: sila2.. kalau boleh linkkan sekali ye.. jazakallah..

    btw, syair di atas ialah syair Imam Syafi’e yang bertanya kepada gurunya, Waki’ ttg hafalannya.
    Terima kasih kerana sudi melawat blog x sbrpa ini.. Jazakumullah khairan kathira.

    November 27, 2009 at 3:43 AM

  5. wan

    salam..sangat menarik syair tersebut..sangat halus dan tegas nasihat seorg guru..dan betapa bertuahnya mdpt sorg pelajar yg cintakan ilmu..semoga kita mengamalkannya dlm amar ma’ruf nahi mungkar..

    November 30, 2009 at 3:24 PM

  6. Syukran, Ya Akhi..

    December 3, 2009 at 2:57 PM

  7. safwan

    post yg sungguh menginsafkan…trima kasih abg zayd..=)

    December 16, 2009 at 4:30 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s