As life goes on, where are we heading to?

Jurnal Jawa

Fuh, mungkin dah agak berhabuk blog ni. Jadi post kali ini ialah penulisan selepas saya pulang dari bumi Indonesia melalui program Road 2 Jawa, program lepasan SPM buat pelajar SMIH pada tahun 2007 yang lepas. Asalnya tulisan ini untuk disumbangkan ke dalam anekdot atau jurnal R2J untuk dibukukan. Tapi, tak pasti bagaimana, rancangan asal nampaknya tidak menjadi realiti. Jadi just untuk perkongsian dan tatapan bersama.

 

JALAN YANG SATU

Jawa… Hmm, rasenye tak pernah ana terfikir untuk sampai ke sana… Apatah lagi menikmati suburnya Dakwah Islamiah selama 1 bulan yang singkat di bumi Indonesia. Apatah lagi dapat bersama-sama dengan Aktivis Dakwah Sekolah (ADS) dan Aktivis Dakwah Kampus (ADK) di sana. Juga apatah lagi bersama dengan penggerak dakwah di Indonesia dari kalangan bapak-bapak dan ibu-ibu yang cukup komited dengan amanah Allah ini. Road 2 Jawa (R2J) bukanlah sama dengan versi R2 sebelum nie.. R2J kali ini tujuan utamanya bukanlah tertumpu kepada berbakti kepada masyarakat sepertimana versi R2 sebelum nie. Tapi hadaf (tujuan) utamanya adalah DAKWAH itu sendiri.

Bagi ana, Indonesia sememangnya kini cukup subur dengan DAKWAH. Ya lah, di mana sahaja ana dan sahabat-sahabat bersama-sama dengan aktivis dakwah di sana, mereka tampak bersahaja, tetapi lahiriahnya mereka cukup hebat dalam menyeru kepada ISLAM, mereka telah berjaya mengkaderkan ramai kader-kader dakwah yang juga aktif dalam menyeru kepada ISLAM. Masya Allah, Allah itu sudah menjanjikan bahawa deenul-ISLAM ini akan berjaya ditegakkan kembali. Dr. Yusuf Qardawi sendiri pernah berpendapat ISLAM itu akan bangkit di Asia Tenggara ini bermula dari Indonesia. Jadi seterusnya pastilah Malaysia. Insya allah. Amin.

Bagi insan yang cukup dhaif ini, ana cukup menghargai setiap saat berada di sana. Lihat sahajalah duit yang sudah  dibelanjakan (ibu bapa juga sebenarnya), sudah banyak tenaga yang telah diberikan, begitu juga mental dan emosi yang telah dikorbankan. Bagi kami, AMATLAH RUGI dan AMATLAH KESAL sekiranya kami tidak berjaya mengutip sebarang iktibar dan pengajaran yang mendalam untuk kami sematkan di dada dan hati masing-masing.

Kurang lebih sebulan di sana, membolehkan ana memahami dengan lebih mendalam apa erti sebenarnya DAKWAH. Kini, DAKWAH bukanlah diukur semata-mata dari segi sama ada kita ikut program atau tidak. Bukanlah diukur dari segi berapa banyak program yang kita sertai atau kita kendalikan. Bukanlah dinilai dari segi berapa banyak yang kita sumbangkan. Kerana semua itu tidak bererti apa-apa selagi ISLAM itu tidak tertegak di dalam diri kita. Syed Qutb dalam bukunya, Haza Deen menyebut “Tegakkanlah ISLAM dalam dirimu, nescaya ISLAM itu akan tertegak di atas muka bumi ini”. Bukankah itu yang Allah dah janjikan? Sebenarnya persoalan kat sini ialah kita nak atau tidak menjadi salah seorang yang bersama-sama mendokong dakwah ini, dakwah ila wahyuy yuha’ (semata-mata wahyu yang disampaikan). Mahu atau tidak?

Sambung sikit cerita, tatkala bersama dengan ADS, ADK serta aktivis-aktivis di sana, ana cukup tersentuh dengan keluhuran budi pekerti, keindahan akhlak islamiah yang ditonjolkan, kecantikan budi bahasa serta ketelusan hati nurani yang merupakan ciri-ciri yang patut ada dalam diri kita sepatutnya jika kita nak bersama-sama dalam perlulah tunjukkan ISLAM yang sebenar, rasa izzah dengan ad-deen ini. Barulah nampak imej ISLAM dalam diri sebagai seorang muslim, mu’min juda da’ie. Macam mana kalau lisan kita cukup basah dengan kata-kata yang tak baik, mencarut sana-sini. Cube fikir balik, ISLAM tidak mengajar begitu. Betul tak? Jadi, kalau kita bangga kita ISLAM, tunjukkan imej ISLAM sebenar.

DAKWAH merupakan tanggungjawab kita semua sebagai hamba ALLAH kat atas muka bumi ni.  Selama mana kita sebagai seorang ISLAM, menjadi tanggungjawab kita untuk tonjolkan ISLAM yang sebenar. Cube fikirkan lagi, semua aspek akhlak, lisan, budi pekerti dan telusnya hati itu lah yang menjadi faktor DAKWAH itu bergerak dan berkembang pantas di Indonesia. Mahukan suasana sebegitu di Malaysia? Semua itu tak akan tertonjol pada peribadi mereka-mereka ini sekiranya mereka tiada amal yang cukup qawi (kuat). Amal-amal seperti baca quran tiap2 hari, qiamullail, solat fardu jemaah di awal waktu, baca ma’thurat (muhasabah buat diri juga).

Pernah seorang ustaz beritahu, “…kita ni tak kan kenal DAKWAH, selagi mana TARBIYAH RUHIYAH kita tak kuat” Peh, tersentap ana bila teringat kata-kata tu, selama nie program yang ana buat, usrah yang ana ikut tu betul-betul berkesan dalam diri ni ke? Adakah selama ni yang kita buat program yang kita anggap DAKWAH tu, kita masih belum kenal DAKWAH? Fikirkanlah…

Kekuatan ruhiyah itulah sebenarnya yang menjadi kekuatan buat DAKWAH ini bergerak dan berkembang. Pernah tak fikir yang kita ni kadanga-kadang terlalu sibuk, sibuk dengan banyaknya program-program yang kita ikut, yang kita buat untuk masyarakat mahupun di kalangan kita, tapi adakah mereka mendapat penghayatan terhadap ISLAM sebenar dan mendalam? DAKWAH, kita ajak dan seru manusia kepada ALLAH. Bukan untuk kepentingan masing-masing atau kepada perkara-perkara yang lain. Sebab tu lah kita perlu menjaga hubungan dengan ALLAH, yes… taqarrub kepada ALLAH itulah yang kita perlukan.

Apa-apa pun sebenarnya alhamdulillah perjalanan tarbiyah selama sebulan itu, bagi ana, telah banyak mematangkan diri dalam banyak perkara dan sudah tentu dalam memahami DAKWAH sebenarnya… Ya lah, itu lah sebenarnya tarbiyah. Jurnal ni hanyalah sebagai penggerak untuk kita sama-sama fikirkan akan masa hadapan ISLAM di Malaysia. Sekarang, kekuatan dalaman asasi perlu kita segera tanamkan. Kefahaman yang jelas tentang setiap perkara amat perlu dalam usaha kita mahu gerakkan ISLAM. Syakib Arsalan pernah menyatakan betapa ruginya bila kita berjaya mengumpulkan ramai bijak bestari dalam suatu muktamar tapi tatkala habisnya muktamar itu tiada hasil yang kita perolehi dan kita temui. Ana melihat betapa pentingnya penerusan, follow-up dalam melakukan suatu aktiviti atau program yang kita katakan itu usaha DAKWAH kita.

Sedih rasanye kalau penilaian sebenar keberkesanan program R2J ini dilihat hanya dalam tempoh 1 bulan yang cukup singkat itu. Lebih perih dan pedih di dada sekiranya aktiviti penerusan @ follow-up untuk kami peserta R2J tidak berkesan. Kerna R2J hanyalah dikatakan BERJAYA jika penerusan dan follow-up itu benar-benar BERJAYA. Betapa ruginya jika program hebat yang telah banyak yang kita korbankan itu hanya dilihat hebat pada namanya. Ia umpama buah yang kulit tampak cantik tapi isinya kelat dan busuk. Itu hanyalah kekesalan yang terlintas di fikiran sekiranya itu yang terjadi. Harapnya TIDAK.

Tatkala ana sampai di bumi tanah air, ana masih merindui mas-mas (panggilan untuk abang-abang) di sana. Pengorbanan yang tidak terperi bila melihat mereka cukup komited dalam melaksanakan tugas dakwah. Mas Rendra dengan pengorbanan rumah dan perasaannya, Pak Casudi dengan tenaganya, Pak Andan, Mas Keli, Pak Wawan dan semua ikhwah yang sangat dirindui atas dasar ukhuwwah fillah. Himmah yang cukup tinggi yang mereka tunjukkan. Pak Mardani pernah berkata,”… suatu yang berjaya menetapkan kami terus yakin dan thabat atas jalan ini ialah adanya HIMMAH (semangat) yang tinggi dalam diri setiap aktivis dakwah di Indonesia…”

Melihat keadaan masyarakat yang sekarang berada dalam keadaan yang lebih dahsyat daripada zaman jahiliyah dahulu dan lebih teruk daripada darurat, kita memikirkan apa agaknya solusi untuk semua itu. Tidak lain dan tiada yang lain dari kita perlu menggerakkan DAKWAH ISLAMIAH ke serata dunia bermula dengan terbinanya individu muslim kemudian keluarga muslim seterusnya masyarakat muslim dan terus kepada negara muslim serta seterusnya. Insya Allah, Islam itu pasti akan mencapai ustaziatul ‘Alam. Tapi kita perlu bermula dari bawah. Mustafa Masyhur dalam bukunya menyatakan Jalan Dakwah ini merupakan jalan yang cukup panjang tapi ini lah jalan yang Rasulullah dan sahabat lalui untuk menegakkan ISLAM ke puncak dunia. Jadi, tak lain dan tak bukan jalan inilah yang kita perlu ikuti untuk mengembalikan ISLAM ke tahap yang sebenarnya dan melonjakkan graf ISLAM.

Teringat akan apa yang selalu Mas Rendra ingatkan bahwa jika kita tidak mahu ikut serta bersama kereta api dakwah pastinya kita akan ketinggalan kerna kereta api dakwah itu pastinya akan sentiasa bergerak. Kini, ana sedar bahwa ana perlu mengejar kereta api dakwah ini. Sedar bahwa Jalan Dakwah adalah jalan yang satu. Thaariq Dakwah, Thaariq Wahid.

 

Kehidupan ini Tarbiyah Buat Diri Kita

‘Aisy ‘Azizan au Mautu Syahidan

 

p/s – kini sudah 2 tahun R2J berlalu, bagaimana agaknya kita mengabadikan pengalaman2 tersebut dalam kehidupan kita selama 2 tahun ini. (perkongsian dan muhasabah khas buat diri ini, ikhwah dan akhwat R2J sekalian)

4 responses

  1. well, jurnal tu ada lagi pada pc halim. ana sendiri yg dlm team editor da hilang semua softcopy antum.

    mohon kita semua terus memancing sahabat2 yang terbabas dari luar lingkaran kembali. dengan optimis, semangat! insyaAllah

    May 25, 2009 at 9:26 AM

  2. ibnzakaria

    to utrujah: xpe la, nak wat cmne.. Moga sama2 trus thabat dan dan optimis juga!! Amin..

    May 25, 2009 at 1:04 PM

  3. masyitah

    assalamualaikum…macam mana agaknya indahnya pglmn di bumi Jawa tu kan?

    June 24, 2009 at 10:51 AM

  4. ibnzakaria

    to masyitah: indahnya pengalaman kerana indahnya Islam dan manisnya nikmat ukhuwwah fillah

    June 26, 2009 at 12:58 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s