As life goes on, where are we heading to?

Minal ماليزيا, ilal فلسطين

 

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Qur’an, 17:1)

Januari 2006, satu sejarah baru telah bermula. Jimmy Carter, ketua pemerhati yang merupakan mantan Presiden Amerika mengisytiharkan: “Inilah pilihan raya yang paling bersih”. Kenyataan ini cuba ditolak oleh Amerika sendiri. Mereka seolah-olah terpacul dari bibir mengatakan “WHAT??”. Terkejut. Terkesima. Terkedu. Bagaiman mungkin HAMAS mampu menang pilihan raya itu. Berbekal 77 kerusi yang dimenangi, HAMAS berjaya membuat satu dunia terkejut akan kemenangan mereka ke atas FATAH yang mendapat hanya 45 kerusi. Oleh kerana itu, Amerika yang sememangnya menyokong padu Pinnochio mereka, FATAH telah menubuhkan kuartet yang terdiri dari Israel Laknatullah, EU dan Russi telah mula mengenakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin.

Haha. Demokrasi yang dipromosikan oleh mereka telah menyebabkan maruah mereka tercabar. Suatu Kelemahan (capital “K” menunjukkan suatu yang tidak dapat disangkal) yang tak dapat tidak cuba disorokkan oleh pihak-pihak yang digelar sebagai sayap kanan. Oleh itu, HAMAS yang diperkenalkan sebagai sayap kiri dunia membuktikan di  sebalik Demokrasi rekaan pihak Kanan yang berjaya mencuri hati dunia, ada udang di sebalik batu. Tatkala keputusan sistem mereka tidak berpihak kepada mereka, sekatan demi sekatan dilakukan, serangan demi serangan dilancarkan, dari segi pemikiran, media dan ketenteraan dilakukan supaya rakyat Palestin tidak menyokong HAMAS dan mahu melihat pergerakan HAMAS dilumpuhkan dan rakyat palestin kembali menyokong Barbie Doll Amerika di Palestin.

 

kami akan terus berjuang!!!

kami akan terus berjuang!!!

Namun, tidak. bahkan sekali-kali tidak. Rakyat Palestin tidak akan tunduk kepada mereka. Rakyat Palestin akan tetap terus berjuang mempertahankan tanah air mereka. Mereka tahu dan faham bahawa mereka merupakan benteng terakhir umat. Mereka percaya, yakin dan mengimani bahawa Allah bersama-sama mereka. Lebih 6 dekad, mereka menderita. Mereka tetap terus bertahan ketika mana umat Islam di Malaysia yang mempengerusikan OIC hanya mampu duduk di kerusi conference. Masih ramai saudara kita tidak mengetahui tentang isu Akidah ini. Masih ada yang tidak mengetahui bendera Palestin.

Ya, kenapa asyik Palestin? Negara merdeka pun seperti biasa je? Tidak patriotik kah kita?

Isu Palestin ialah isu Akidah bukan sekadar kemanusiaan. Setuju. Kita perlu berjiwa patriotik terhadap negara. Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri menganjurkannya. Akan tetapi, sedarlah AKIDAH ialah suatu yang perlu kita pertahankan. Bagaimana mungkin Kiblat pertama kita jatuh ke tangan Yahudi Laknatulllah. Bagaimana mungkin Masjidil Aqsa yang ketiga mulia dalam ISLAM hancur di tangan mereka. Sekiranya kita patriotik pada negara, bagaimana pula agama? Adakah kita mendahulukan nasional lebih dari agama? Ya. Kita patriotik apabila menyambut kemerdekaan negara. Bahkan, jiwa kita lebih patriotik sekiranya kita sensitif dan faham isu di Palestin. Islam tidak mengenal garisan geografi yang memisahkan negara2 Islam.

Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah beserta kamu dan Dia sekali – kali tidak akan mengurangi (pahala) amal- amal kamu. (Quran 47:35)

Mengapa perlu pelbagai perjanjian yang palsu dibuat satu demi satu? Kita melihat gencatan senjata Israel-Hamas yang termeterai hasil usaha Mesir juga seumpama menegakkan benang yang basah. Israel membuktikan kegagahan mereka melanggar gencatan sejata tersebut apabila rejim zionis tersebut menceroboh sempadan Gaza pada 4 November. Seterusnya, gencatan tamat dengan berlakunya siri serangan bermula awal Disember 2008. Tatkala, masyarakat dunia masih menunggu ketibaan Barrack Obama, serangan ke atas SAUDARA kita di Palestin telah diakui oleh Israel sebagai serangan yang diluluskan oleh pihak Amerika. Suatu ironi di mana masyarakat menunggu penyelamat dunia, Amerika pula meluluskan serangan tersebut dengan Hamas diperlihatkan oleh media sebagai pihak yang memulakan serangan tersebut.

Kini, sudah hari ke-enam. Israel masih terus mengganas. Saudara kita bergetar dengan letusan bom. KITA?????

APA PERANAN KITA???

Apa Peranan Kita??

Apa Peranan Kita??

Ibnzakaria

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s