As life goes on, where are we heading to?

HAMAS: Buat Umat Islam di Malaysia

 

(Ini adalah pesanan Dr Khalil Al Haya yang mewakili HAMAS di Palestin untuk
umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 -17
Mei 2006 untuk siri kempen “Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS”. 
Pesanan ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Ustaz Maszlee
Malik di atas permintaan beliau)

Ini adalah sebahagian dari surat Dr. Khalil Al-Haya:

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.
Kami hanya
mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas
mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang
kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan.
Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan
darah terakhir kami.
Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami
tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh
bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan
menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada
tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut
mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan
sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah
anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

*Umat Islam di Malaysia sekelian!*

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah
setiap daripada kami akan gugur syahid.
Kami akan terus memastikan prinsip
Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya
menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan
. Kami akan tuntut dari Allah
di atas kelembapan anda semua.
Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan
kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya. 

Saudaramu
KHALIL ISMAIL AL HAYA
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.

 

 

source: http://www.muslimdiary.com/readarticle.php?article_id=1108

5 responses

  1. al-khawarizmi

    kepada penduduk palestin, kalian adalah pemenangnya..baik kemenangan dimedan jihad, ataupun disaat kalian dijemputNYA..

    January 4, 2009 at 11:29 AM

  2. ibnzakaria

    Allahumma harrir qudsana wa ja’alna min junudit tahrir..
    Teruskan sokongan antum kepada rakyat Palestin..

    January 4, 2009 at 9:22 PM

  3. al-khawarizmi

    akhi, jemput ke blog ana..sama2 berforum ttg masalah umat..

    January 26, 2009 at 8:56 AM

  4. hu.adik dah tukar.sorry eh abang.nanana.

    January 29, 2009 at 9:39 AM

  5. ya ALLAH bantu la kami yg lalai dan leka..
    ya ALLAH kami memohon kekuatan seperti saudara2 kami di PALESTINE
    ya ALLAH aku memohon, bersihknla hatiku yg kotor ini..

    amin..

    March 2, 2009 at 4:47 PM

Leave a comment