As life goes on, where are we heading to?

MenDERU di Hari Raya.. [1]

Satu pengalaman yang cukup menarik..

Suka untuk saya kongsikan bersama dengan sahabat-sahabat sekalian..

BUKIT ANTARABANGSA, 8 Dis – Satu ekspedisi reki telah dilakukan oleh satu kumpulan reki DERU (Disaster, Emergency and Respond Unit) di bawah satu pertubuhan bukan kerajaan JIM (Jamaah Islah Malaysia). Reki ini diadakan bertujuan untuk meninjau suasana di tempat kejadian tanah runtuh dan melihat pertolongan yang mampu dihulurkan kepada mangsa-mangsa kejadian.

(ceh, cam berita lak)

Kebetulan, wartawan yang melaporkan  pulang ke kampung untuk menyambut hari lebaran di Ampang, Kuala Lumpur. (kampung kat KL.. huhu) Jadi, apabila mendapat tahu bahawa ada group brothers yang ingin kan bantuan untuk misi ini, wartawan bersama ayah dan adik yang bru lepas spm mangambil peluang ini untuk memberikan  apa yang mampu. (huh, dari membesarkan kotoran2 di mata, baik la gi tgk2)

Jadi mari kita saksikan aksi wartawan reki di tempat kejadian. -bernama-

HARI PERTAMA (7 DIS)

Malam itu, akhi auzan dihubungi untuk maklumat tempat penempatan mangsa kejadian. Jadi malam tu, kami bergerak ke Sekolah Kebangsaan Hulu Klang, penempatan yang disediakan buat mangsa-mangsa yang berpindah termasuklah yang rumahnya tidak kene tanah runtuh tu. Sesampainya kami di sana, kelihatan sudah ada sukarelawan yang menguruskan dan kami terus ke  tempat mendaftar sebagai sukarelawan (kononnye..) Kelihatan yang ramai ialah sukarelawan. Mangsa tidak kelihatan lagi pada pandangan kami.

daftarkan dulu nama anda sebagai sukarelawan

daftarkan dulu nama anda sebagai sukarelawan

kelihatan sumbangan dari orang ramai..

kelihatan sumbangan dari orang ramai..

boleh hubungi nama yang tertera.. =)

boleh hubungi nama yang tertera.. =)

banyak btul baju yang orang sumbangkan.. yang jadi mangsa kan orang2 yang kaya.. hurm..

banyak btul baju yang orang sumbangkan.. yang jadi mangsa kan orang2 yang kaya.. hurm..

Nampak gaya sukarelawan yang lebih ramai dari mangsa nih. Ingat nak beri sokongan moral dan pertolongan psikologi.. hehe..

Hmm, boleh dikatakan ada satu je keluarga mangsa yang tidur pada malam tu di sekolah tersebut. Ye la, mangsanya orang-orang kaya, manalah nak duduk kat situ. Justeru, ramai yang tinggal di rumah saudara-mara masing-masing. Kalau tidak pun, hotel-hotel berdekatan kan ada. (orang kaya la katakan..) Memang ramai penduduk yang perlu berpindah hanya datang menjenguk sahaja tempat penempatan di sekolah ni.

Sedang kami meninjau, maka terjumpalah sekumpulan wakil-wakil sukarelawan sedang sibuk berbincang tentang kejadian yang berlaku. Rupanya wakil dari ABIM, HALUAN, JIM dan JKM yang sedang berbincang. Yang lain di situ, semua sibuk mendengar perbincangan mereka termasuklah saya. Ini satu peluang yang menarik nih.. =P

semua wakil NGO dan JKM sedang berbicara tentang kejadian yang berlaku.. ada gak puteri keadilan ampang..

semua wakil NGO dan JKM sedang berbicara tentang kejadian yang berlaku.. ada gak puteri keadilan ampang..

kelihatan Abu Urwah sedang berbincang bersama Akh Zun Arif, wakil DERU JIM

kelihatan Abu Urwah sedang berbincang bersama Akh Zun Arif, wakil DERU JIM

Kebetulan, Abu Urwah (Shaari Sungib) pun ada kat situ gak..Huh, hebat nih.. sempat la gak bertegur-tegur dgn die. Saya juga berjumpa dengan wakil DERU JIM, akhi Zun Arif. Terjumpa pula rakan lama ayah saya ketika itu, Pak Cik Zaid. Jadi duduklah saya di situ sehingga malam. kemudian, pulang untuk kembara yang menarik pada esoknya.

Rumusan hari pertama:

Walaupun hanya dapat jumpa wakil-wakil nih, tapi bila dilihat kembali kejadian ini dengan kejadian banjir di Johor; banyak yang dapat dilihat. Mangsa kali ini ialah di kalangan orang yang lebih berada berbanding kejadian banjir tempoh hari yang mangsanya lebih susah. Yang pasti, ini adalah satu pengajaran buat kita semua.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
[Ar-Rahman]

bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s