Insya allah…

November 2, 2009 ibnzakaria 8 comments

Bismillah..

Dah lama tak post di blog ni.. Dah lama juga nak berkongsi lirik lagu ini.. Bagi ana, lirik ini sangat mendalam.. Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua agar terus istiqamah dan terus thabat atas jalan dakwah..

Sama-sama kita hayati..

Insya Allah

by:Maher Zain

Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way

Uhibbukum fillah…

Ibnzakaria

SMS v2.0

September 20, 2009 ibnzakaria 7 comments

WaLAu LaNgKaH TaK BeRTeMu, TaNGaN TaK BeRjaBaT, UcAp TaK TeRdenGaR, MaTa TaK berTenTanG

raya di rolla

MoHoN MaaF sEgaLa KeKhiLafaN.

Kerana aDa TiKanYa Mata silap MeManDanG, TeLinGa sALaH mEndEnGaR, LiDaH TerlAnJuR KatA, HaTi sAlaH mENDuGa

SALAM EIDUL FITR DARI PERANTAUAN

MAAF ZAHIR BATIN

-Zayd Umair Zakaria-

Rolla, Missouri, Uncle Sam (US)

Categories: Pengalaman Tags: , , ,

Entah kenapa…

September 20, 2009 ibnzakaria Leave a comment

Entah kenapa,

Kali ini begitu pantas,

Sedar tidak sedar,

Ia sudah meninggalkan kita.

Ya Allah,

Bagaimana dengan prestasiku kali ini,

Buruk? Baik?

Turun? Naik?

Tepuk dada tanya Iman sendiri.

Entah kenapa,

Kali ini terasa berbeza,

Mungkin dulunya bagus,

Mungkin juga dulunya tidak,

Berbeza atau tidak,

Bagus atau tidak,

Tepuk dada tanya Iman sendiri.

Lihat disana…

Mereka gembira,

Mereka ceria,

Mereka suka,

Gembiranya mereka,

Cerianya mereka,

Sukanya mereka,

Tapi aku,

Entah kenapa terasa rugi,

Entah kenapa terasa kehilangan,

Entah kenapa terasa sedih,

Entah kenapa terasa sayu.

Kenapa?

Kerna hakikatnya,

Ramadhan kali ini tetap meninggalkanku,

Madrasah terbaik akan tetap meninggalkanku kali ini.

Aku tak nak ditinggalkan. Tak nak. Tak nak sama sekali.

Yang tinggal hanya doa,

Doa moga dipertemukan kembali.

Madrasah agung Ilahi.

“Allahumma Ballighni Ramadhan”

-29 Ramadhan 1430-

in short..

August 31, 2009 ibnzakaria 2 comments

Seorang Sahabat Nabi s.a.w. bernama Rabi’e bin Amir ketika dipanggil mengadap Panglima Parsi, Rustum, dengan pertanyaan – “Atas sebab apakah kamu ke sini?”:

“Allahlah yang menghantar kami. Dia membawa kami ke sini untuk membebaskan manusia daripada penyembahan sesama manusia kepada hanya menyembah Allah yang Esa; membebaskan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat; dan membebaskan manusia daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Dialah yang menghantarkan kepada kami agamaNya yang diciptaNya, untuk menyeru manusia-manusia kepadaNya.”

Merdeka itu bebas. Ya, bebas. Akan tetapi sebuah kemerdekaan yang hakiki, yang membebaskan manusia daripada ketundukan kepada hawa nafsu kepada ketundukan kepada Allah ta’ala. Moga Ramadhan tahun ini mampu membebaskan kita dari belenggu nafsu. Amin.

rujukan: http://pembina.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=258:ramdhan-bulan-merdeka&catid=17:dari-meja-presiden&Itemid=51

Categories: Awwalan wa Akhiran, tazkirah Tags: , ,

SMS v1.0

July 14, 2009 ibnzakaria 7 comments
Ini adalah pesanan ringkas daripada seorang ustazah yang banyak mendidik saya di SMIH dahulu sebelum ditempatkan di mana-mana sahaja tempat yang terbaik untuk kita oleh Allahu Rahmanu Rahim.
Kini, telah tiba waktunya untuk kita bersama-sama menjaga dan istiqamah dalam amal fardhi kita sebagai rutin harian kita. Jikalau bukan sekarang, bila?
  • Solat Jemaah 5x sehari di surau@musolla@masjid
  • Tilawah Al-Quran – tadabbur, hafazan, etc
  • Ma’thurat pagi dan petang
  • Qiamullail
  • Amalan sunat yang lain – puasa isnin dan khamis, dhuha, rawatib, awabin etc. (plus – bacalah banyak buku-buku sirah- Raheeq Al-Makhtum sebagai saranan)

Jaga 5 perkara ini . Istiqamah dalam menjaga 5 perkara ini. Tidak kira dimana enta berada. (lebih kurang gitu la)

ala inna nasrullahi qorib

ala inna nasrallahi qorib

Moga amal-amal fardhi ini kita jaga bagi menguatkan tarbiyah dzatiyah (didikan kendiri ruhi) kita dan menjadi pendinding kepada kita daripada membuat perkara-perkara mungkar. Moga ini, kita jadikan sebagai Point Of Inflexion bagi melakar graf IMAN yang positif. Moga kita semakin rapat dengan-Nya.

Moga dengan 5 perkara yang tampak mudah ini menjadi persiapan untuk diri kita semua. Moga kita mampu meLANTUNkan IMAN kita. meLANTUNkan semangat kita. meLANTUNkan amal dakwah kita. Tidak kira di mana jua kita berada.

Agar tertonjolnya peribadi MUSLIM unggul yang menjadikan hanya Allah sebagai tempat pergantungan semata-mata bagi diri kita dan sentiasa kembali kepada-Nya. Agar apa sahaja ujian yang diberikan-Nya, kita diberi kekuatan untuk mampu menghadapi segala mihnah dan tribulasi ini.

Hadapilah ia. Ujian itu. Semuanya hanyalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan bertakwa kepada-Nya. Kerna akan sampai kepada orang-orang yang bersabar dan tabah suatu berita gembira daripada Allah s.w.t.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)”

“Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhan-nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah: 155-157)

Categories: Tarbiyah, iman, tazkirah Tags: , , ,

Bounce ur IMAN

July 11, 2009 ibnzakaria 3 comments

Siapa yg pernah bermain tenis? Pertama kali bermain tenis cukup segar dalam ingatan saya. Pertama kali bermain tenis cukup mengujakan. Ye la, nampak macam senang. Jadi nak tunjuk power la kononnya. Tapi bila nak balas pukulan sahabat saya, tiba2..

Arg, sakit!

Arg, sakit!

DUSH!! Bola tenis kena tepat di muka. Pergh! Sakit, memang sakit.. (sambil ketawa menunduk muka) Jadi, jangan pandai-pandai nak tunjuk power(selingan). Hinggalah sekarang saya masih lagi tidak hebat dalam tenis, malah tak pernah main lagi sampai sekarang. Best tonton di peti tv sahaja. Menonton FedEx vs Nadal mmg best! Tapi, jaga2.. Menonton perlawanan tenis memang melalaikan. tido terlepas, qiam pun habis terhempas.

Bola Tenis

Sebenarnya, bukanlah sukan tenis yang ingin saya perkatakan. Apa yang ingin diperbualkan di sini ialah tentang bola tenis itu sendiri.

bile nak berhenti melantun??

bile nak berhenti melantun??

1) Bola tenis ini akan sentiasa melantun. Lebih-lebih lagi bila ia jatuh. Ia akan terus dan tetap melantun. Malahan sekiranya ia berhenti, atom-atom di dalam bola tenis itu tetap akan me’lantun’ (bergetar). – err, kan??

2) Bila difikirkan semula, lantunan bola tenis telah menyebabkan hentakan yg kuat jika terkena muka kita. Dush!! Argh, adoi sakitnya..

Our IMAN?

Iman manusia yazid wayanqus. Iman kita naik dan turun. Tidak kira seorang alim atau pun tidak. Berilmu tinggi atau tidak. Anak ustaz atau tidak. Berlatarbelakang tarbiyah atau tidak. Manusia semuanya sama sahaja. Yang membezakan ialah taqwa kepada Allah s.w.t.

“…Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” (49:13)

Persoalannya, apabila Iman kita jatuh apa yang kita akan lakukan? Adakah kita akan membiarkan ia terus jatuh? atau kita menunggu hingga ia naik semula dengan sendiri? Sedar atau tidak sesuatu harus kita lakukan.

Monyet yang memanjat pokok kelapa tidak akan jatuh kalau angin yang cukup kuat bertiup. Akan tetapi, ia akan jatuh bila mana angin sepoi-sepoi bahasa datang masuk ke bulu roma.. Bayangkan, bestnya.. Tup, tup, monyet itu jatuh. Ya, kita juga begitu (bukan disamakan seperti monyet, jauh sekali). Bila mana kita merasa selesa kita mula rasakan bahawa Iman kita dah cukup tinggi. Kita mula rasakan usaha dakwah kita dah cukup banyak. Kita mula rasa ingin dipuji atas pencapaian kita. Kita juga mula rasakan kita lebih baik dari orang lain kerana mengikuti tarbiyah. Ya, tatkala itu sebenarnya kita tidak sedar bahawa itulah yg menjadi “local max point” bagi graf IMAN kita.

Maka, kesannya kita mula untuk ber’takaful’ rapat dengan perkara yang lagha malah melalaikan. Mulanya, hanya hendak ber’taaruf’ ringkas. Ya lah, Saidina Umar kan ada cakap “..Aku lebih merisaukan umat Islam tidak mengenal Jahiliyah”. Ya, tidak salah mengenal dan sememangnya disarankan, tetapi mencuba itu suatu perkara yang silap. Cubaan pertama membawa pada cubaan kedua dan seterusnya. Alah, mat saleh kan kata “There is no second step without first step”. Fikir-fikirkanlah.

“Manusia. Fikiran tidak dapat dihadkan. Lisan tidak dapat dibungkam. Anggota badan tidak akan duduk diam. Oleh kerana itu, sekiranya kamu tidak disibukkan dengan hal-hal yang besar, kamu akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil”

-Abdul Wahab Azzam-

Lantunkan Iman Anda

Saya menyarankan kita mencontohi sifat dan ciri-ciri bola tenis. Tampak lucu. Bola tenis akan sentiasa melantun bila jatuh. Sifatnya yang sebegini yang perlu kita contohi. Bila mana Iman kita jatuh, jangan kita mudah membiarkan Iman kita terus jatuh. Jangan kita mudah dan kerap memberi alasan untuk terus jatuh. Orang kampung saya kata, Never Give Up, bounce back ur IMAN.

benteng anda hanyalah alasan bukan dinding konkrit

benteng anda hanyalah alasan bukan dinding konkrit

Sedarilah, IMAN ialah suatu yang perlu kita pertahankan. “LANTUN”kanlah Iman anda. Kerna lantunan IMAN anda akan memberikan impak yang besar kepada ummat. Sepertimana lantunan bola tenis mengenai tepat ke muka musuh-musuh Allah s.w.t. Walaupun momentumnya masih sama seperti sebelum jatuh (mengikut hukum fizik) akan tetapi Momentum yang sama inilah menunjukkan himmah kita sebagai syabab tidak pernah luntur dan sentiasa sama walaupun kita jatuh tersungkur. Malahan, daya impuls dari bola tenis itu cukup utk menjatuhkan seseorang. Cukup untuk menggentarkan musuh-musuh Islam.

Carilah “point of inflexion” bagi grad IMAN anda, moga concavity yang berubah itu, merubah graf anda agar lebih tinggi. Moga lebih tinggi dari yang sebelumnya. LANTUNKAN, lantunkan lah.. IMAN anda..

“Katakanlah, “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dia-lah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (39:53)

Categories: Tarbiyah Tags: , ,

Jurnal Jawa

May 24, 2009 ibnzakaria 4 comments

Fuh, mungkin dah agak berhabuk blog ni. Jadi post kali ini ialah penulisan selepas saya pulang dari bumi Indonesia melalui program Road 2 Jawa, program lepasan SPM buat pelajar SMIH pada tahun 2007 yang lepas. Asalnya tulisan ini untuk disumbangkan ke dalam anekdot atau jurnal R2J untuk dibukukan. Tapi, tak pasti bagaimana, rancangan asal nampaknya tidak menjadi realiti. Jadi just untuk perkongsian dan tatapan bersama.

 

JALAN YANG SATU

Jawa… Hmm, rasenye tak pernah ana terfikir untuk sampai ke sana… Apatah lagi menikmati suburnya Dakwah Islamiah selama 1 bulan yang singkat di bumi Indonesia. Apatah lagi dapat bersama-sama dengan Aktivis Dakwah Sekolah (ADS) dan Aktivis Dakwah Kampus (ADK) di sana. Juga apatah lagi bersama dengan penggerak dakwah di Indonesia dari kalangan bapak-bapak dan ibu-ibu yang cukup komited dengan amanah Allah ini. Road 2 Jawa (R2J) bukanlah sama dengan versi R2 sebelum nie.. R2J kali ini tujuan utamanya bukanlah tertumpu kepada berbakti kepada masyarakat sepertimana versi R2 sebelum nie. Tapi hadaf (tujuan) utamanya adalah DAKWAH itu sendiri.

Bagi ana, Indonesia sememangnya kini cukup subur dengan DAKWAH. Ya lah, di mana sahaja ana dan sahabat-sahabat bersama-sama dengan aktivis dakwah di sana, mereka tampak bersahaja, tetapi lahiriahnya mereka cukup hebat dalam menyeru kepada ISLAM, mereka telah berjaya mengkaderkan ramai kader-kader dakwah yang juga aktif dalam menyeru kepada ISLAM. Masya Allah, Allah itu sudah menjanjikan bahawa deenul-ISLAM ini akan berjaya ditegakkan kembali. Dr. Yusuf Qardawi sendiri pernah berpendapat ISLAM itu akan bangkit di Asia Tenggara ini bermula dari Indonesia. Jadi seterusnya pastilah Malaysia. Insya allah. Amin.

Bagi insan yang cukup dhaif ini, ana cukup menghargai setiap saat berada di sana. Lihat sahajalah duit yang sudah  dibelanjakan (ibu bapa juga sebenarnya), sudah banyak tenaga yang telah diberikan, begitu juga mental dan emosi yang telah dikorbankan. Bagi kami, AMATLAH RUGI dan AMATLAH KESAL sekiranya kami tidak berjaya mengutip sebarang iktibar dan pengajaran yang mendalam untuk kami sematkan di dada dan hati masing-masing.

Kurang lebih sebulan di sana, membolehkan ana memahami dengan lebih mendalam apa erti sebenarnya DAKWAH. Kini, DAKWAH bukanlah diukur semata-mata dari segi sama ada kita ikut program atau tidak. Bukanlah diukur dari segi berapa banyak program yang kita sertai atau kita kendalikan. Bukanlah dinilai dari segi berapa banyak yang kita sumbangkan. Kerana semua itu tidak bererti apa-apa selagi ISLAM itu tidak tertegak di dalam diri kita. Syed Qutb dalam bukunya, Haza Deen menyebut “Tegakkanlah ISLAM dalam dirimu, nescaya ISLAM itu akan tertegak di atas muka bumi ini”. Bukankah itu yang Allah dah janjikan? Sebenarnya persoalan kat sini ialah kita nak atau tidak menjadi salah seorang yang bersama-sama mendokong dakwah ini, dakwah ila wahyuy yuha’ (semata-mata wahyu yang disampaikan). Mahu atau tidak?

Sambung sikit cerita, tatkala bersama dengan ADS, ADK serta aktivis-aktivis di sana, ana cukup tersentuh dengan keluhuran budi pekerti, keindahan akhlak islamiah yang ditonjolkan, kecantikan budi bahasa serta ketelusan hati nurani yang merupakan ciri-ciri yang patut ada dalam diri kita sepatutnya jika kita nak bersama-sama dalam perlulah tunjukkan ISLAM yang sebenar, rasa izzah dengan ad-deen ini. Barulah nampak imej ISLAM dalam diri sebagai seorang muslim, mu’min juda da’ie. Macam mana kalau lisan kita cukup basah dengan kata-kata yang tak baik, mencarut sana-sini. Cube fikir balik, ISLAM tidak mengajar begitu. Betul tak? Jadi, kalau kita bangga kita ISLAM, tunjukkan imej ISLAM sebenar.

DAKWAH merupakan tanggungjawab kita semua sebagai hamba ALLAH kat atas muka bumi ni.  Selama mana kita sebagai seorang ISLAM, menjadi tanggungjawab kita untuk tonjolkan ISLAM yang sebenar. Cube fikirkan lagi, semua aspek akhlak, lisan, budi pekerti dan telusnya hati itu lah yang menjadi faktor DAKWAH itu bergerak dan berkembang pantas di Indonesia. Mahukan suasana sebegitu di Malaysia? Semua itu tak akan tertonjol pada peribadi mereka-mereka ini sekiranya mereka tiada amal yang cukup qawi (kuat). Amal-amal seperti baca quran tiap2 hari, qiamullail, solat fardu jemaah di awal waktu, baca ma’thurat (muhasabah buat diri juga).

Pernah seorang ustaz beritahu, “…kita ni tak kan kenal DAKWAH, selagi mana TARBIYAH RUHIYAH kita tak kuat” Peh, tersentap ana bila teringat kata-kata tu, selama nie program yang ana buat, usrah yang ana ikut tu betul-betul berkesan dalam diri ni ke? Adakah selama ni yang kita buat program yang kita anggap DAKWAH tu, kita masih belum kenal DAKWAH? Fikirkanlah…

Kekuatan ruhiyah itulah sebenarnya yang menjadi kekuatan buat DAKWAH ini bergerak dan berkembang. Pernah tak fikir yang kita ni kadanga-kadang terlalu sibuk, sibuk dengan banyaknya program-program yang kita ikut, yang kita buat untuk masyarakat mahupun di kalangan kita, tapi adakah mereka mendapat penghayatan terhadap ISLAM sebenar dan mendalam? DAKWAH, kita ajak dan seru manusia kepada ALLAH. Bukan untuk kepentingan masing-masing atau kepada perkara-perkara yang lain. Sebab tu lah kita perlu menjaga hubungan dengan ALLAH, yes… taqarrub kepada ALLAH itulah yang kita perlukan.

Apa-apa pun sebenarnya alhamdulillah perjalanan tarbiyah selama sebulan itu, bagi ana, telah banyak mematangkan diri dalam banyak perkara dan sudah tentu dalam memahami DAKWAH sebenarnya… Ya lah, itu lah sebenarnya tarbiyah. Jurnal ni hanyalah sebagai penggerak untuk kita sama-sama fikirkan akan masa hadapan ISLAM di Malaysia. Sekarang, kekuatan dalaman asasi perlu kita segera tanamkan. Kefahaman yang jelas tentang setiap perkara amat perlu dalam usaha kita mahu gerakkan ISLAM. Syakib Arsalan pernah menyatakan betapa ruginya bila kita berjaya mengumpulkan ramai bijak bestari dalam suatu muktamar tapi tatkala habisnya muktamar itu tiada hasil yang kita perolehi dan kita temui. Ana melihat betapa pentingnya penerusan, follow-up dalam melakukan suatu aktiviti atau program yang kita katakan itu usaha DAKWAH kita.

Sedih rasanye kalau penilaian sebenar keberkesanan program R2J ini dilihat hanya dalam tempoh 1 bulan yang cukup singkat itu. Lebih perih dan pedih di dada sekiranya aktiviti penerusan @ follow-up untuk kami peserta R2J tidak berkesan. Kerna R2J hanyalah dikatakan BERJAYA jika penerusan dan follow-up itu benar-benar BERJAYA. Betapa ruginya jika program hebat yang telah banyak yang kita korbankan itu hanya dilihat hebat pada namanya. Ia umpama buah yang kulit tampak cantik tapi isinya kelat dan busuk. Itu hanyalah kekesalan yang terlintas di fikiran sekiranya itu yang terjadi. Harapnya TIDAK.

Tatkala ana sampai di bumi tanah air, ana masih merindui mas-mas (panggilan untuk abang-abang) di sana. Pengorbanan yang tidak terperi bila melihat mereka cukup komited dalam melaksanakan tugas dakwah. Mas Rendra dengan pengorbanan rumah dan perasaannya, Pak Casudi dengan tenaganya, Pak Andan, Mas Keli, Pak Wawan dan semua ikhwah yang sangat dirindui atas dasar ukhuwwah fillah. Himmah yang cukup tinggi yang mereka tunjukkan. Pak Mardani pernah berkata,”… suatu yang berjaya menetapkan kami terus yakin dan thabat atas jalan ini ialah adanya HIMMAH (semangat) yang tinggi dalam diri setiap aktivis dakwah di Indonesia…”

Melihat keadaan masyarakat yang sekarang berada dalam keadaan yang lebih dahsyat daripada zaman jahiliyah dahulu dan lebih teruk daripada darurat, kita memikirkan apa agaknya solusi untuk semua itu. Tidak lain dan tiada yang lain dari kita perlu menggerakkan DAKWAH ISLAMIAH ke serata dunia bermula dengan terbinanya individu muslim kemudian keluarga muslim seterusnya masyarakat muslim dan terus kepada negara muslim serta seterusnya. Insya Allah, Islam itu pasti akan mencapai ustaziatul ‘Alam. Tapi kita perlu bermula dari bawah. Mustafa Masyhur dalam bukunya menyatakan Jalan Dakwah ini merupakan jalan yang cukup panjang tapi ini lah jalan yang Rasulullah dan sahabat lalui untuk menegakkan ISLAM ke puncak dunia. Jadi, tak lain dan tak bukan jalan inilah yang kita perlu ikuti untuk mengembalikan ISLAM ke tahap yang sebenarnya dan melonjakkan graf ISLAM.

Teringat akan apa yang selalu Mas Rendra ingatkan bahwa jika kita tidak mahu ikut serta bersama kereta api dakwah pastinya kita akan ketinggalan kerna kereta api dakwah itu pastinya akan sentiasa bergerak. Kini, ana sedar bahwa ana perlu mengejar kereta api dakwah ini. Sedar bahwa Jalan Dakwah adalah jalan yang satu. Thaariq Dakwah, Thaariq Wahid.

 

Kehidupan ini Tarbiyah Buat Diri Kita

‘Aisy ‘Azizan au Mautu Syahidan

 

p/s – kini sudah 2 tahun R2J berlalu, bagaimana agaknya kita mengabadikan pengalaman2 tersebut dalam kehidupan kita selama 2 tahun ini. (perkongsian dan muhasabah khas buat diri ini, ikhwah dan akhwat R2J sekalian)